Wednesday, 6 November 2019

HARGA TERBARU PRODUK KAMI




HARGA TERBARU PRODUK KAMI

SILA KLIK NO WHATAPPS DIBAWAH INI





APA ITU PENYAKIT MIGRAIN?





MIGRAIN adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

BAGAIMANA MIGRAINE BERLAKU?
Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:
  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok

JENIS-JENIS MIGRAIN
Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).
Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.
Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.
Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.
Rawatan Migrain 
Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.
Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migraine.

PUNCA PENYAKIT RESDUNG





Punca resdung di sebabkan debu yang masuk kedalam hidung kita melalui pernafasan.
Bila habuk terlalu banyak masuk kedalam hidung membuatkan bakteria berkumpul di selapuk lendir kita.
Dalam hidung kita ada selapuk lendir (sinus), saraf pembau, saraf silia, selapuk saraf ke otak.
10 PUNCA UTAMA PENYAKIT RESDUNG

 1) VIRUS
Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ini kemudiannya menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

2) ALAHAN
Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. Lalu mengakibatkan hidung tersumbat dan disertai dengan simptom-simptom resdung yang lain.Menurut Sonia Bains (pembantu Professor (MD)) dari Division of Pulmonary, Critical Care, Allergy and Sleep Medicine di Univerisiti Perubatan Carolina Selatan; mereka yang mempunyai alahan lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang normal.
seafood.Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Debu, bulu binatang, makanan laut mahupun lipas; cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung.

3) BAKTERIA
Jika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.
Ini menurut William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Charleston. Menurutnya lagi, kemungkinan besar bakteria yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Haemophilus influenza.

4) POLIP HIDUNG (NASAL POLIP).
menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan dan juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Nasal Polip juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak. Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan ‘pembengkakkan’ jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah Polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

5) UDARA TERCEMAR DAN BAHAN KIMIA
Bahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu.
Menghidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung; ini diakui oleh Dr Bains.

6) MANDI DI KOLAM RENANG
Bagi yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’, ini fakta yang perlu diketahui. Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’.
Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.
Kolam renang mengandungi kandungan klorin yang tinggi yang boleh merangsang resdung. Kandungan klorin ini akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.

7) JANGKITAN KULAT (FUNGI)
Dr Hueston menyatakan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.
Apabila sistem pertahanan diri rendah, fungi boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

8) MEROKOK
Seperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.
Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.
“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.
Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

9)KEKURANGAN AIR DAN UDARA YANG KERING
Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.
Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

10)STRUKTUR HIDUNG YANG BERBEZA
Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.
Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’.

TANDA - TANDA PENYAKIT RESDUNG





RESDUNG ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung .
Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.
Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:
  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain.